Moisturizer untuk kulit berminyak

Assalamualaikum & salam sejahtera semua.

Nak tanya, siapa yang jenis "Kulit dah berminyak, jadi saya taknak pakai moisturizer. Nanti lagi berminyak" ? Siapa jenis mcm tu?

Big no okay! Tak boleh macam tu tau. Salah pilih moisturizer utk kulit barulah penyebab kenapa muka awak makin berminyak. 

Moisturizer berfungsi utk mengekal kelembapan kulit awak. Jadi, ianya merupakan salah satu skincare regime yang WAJIB yee. Kulit yang berminyak pun boleh kehilangan lembapan tau. Ada perbezaan di situ.

So, harini kakak nak share mengenai moisturizer untuk kulit berminyak. Bukan berminyak sahaja. Kulit kombinasi pun boleh guna. Kakak guna sebab kulit kakak kombinasi 😊

Taraaaa!

Nama cik purple ni OIL-FREE HYDRATING GEL (ofhg)

Ofhg ni sangat best, terbaik tau. Kenapa kakak ckp mcm tu? Sebab ofhg ni mampu control minyak dekat muka kita. Ehh, bukan itu je kebaikan ofhg ni. Banyak lagi. Baca sampai habis noh.

Ofhg ini mampu mengekalkan kelembapan kulit selama 10 jam. Ianya juga mampu bertindak sebagai cooling sensation pada kulit. Mmg pakai ni rasa sejuk je muka 😍

Tekstur ofhg ni sangat ringan & cepat meresap. Ianya boleh dijadikan makeup base supaya foundation tahan lama. Ni pun kakak memang buat. Sebelum pakai foundation, kakak pakai gel ni dulu. Memang foundation tahan lama. Dari pagi sampai petang berpanas pun tak ada masalah.

Gel ni boleh meredakan radang atau breakouts (jerawat teruk, merah-merah). Meredakan kulit yang pernah mengalami pengelupasan & rosak akibat produk yang mengandungi Mercury & Hydroquinone. Gel ini turut mampu membantu pertumbuhan sel kulit yang baru yang jauh lebih sihat.

Hebat ke hebat gila???? Hehehe 😜

Dalam ofhg ni mengandungi Dimethicone & ekstrak teh hijau (ekstrak camellia sinensis). Dimethicone berfungsi untuk memperbaiki penampilan kulit agar kelihatan lebih lembut & licin serta membantu mengekalkan penampilan kulit tersebut. Ekstrak teh hijau pula bertindak sebagai antioksidan yg membantu melindungi kulit daripada radikal bebas. Ekstrak teh hijau juga terkenal sebagai agen penyegar yang mampu menenangkan & melegakan kulit.

Jadi, apakata awak semua try moisturizer ni. Nak cantik, kena rajin!

Lots of love,
Shahira Arshad 017-6926794

No comments:

Post a Comment

drop your comments